Wednesday, March 4, 2009

Memperkenalkan SoftNet Cheque Writer Professional




Selamat datang ke blog 'Invent Perfect Solutions'. Blog ini adalah untuk melengkapi laman sesawang(web) http://www.vss.com.my/. Sila lawati laman tersebut untuk mengetahui lebih
lanjut tentang syarikat Virtual SoftNet Solutions Sdn. Bhd. dan juga produk-produknya.

Blog ini cuba memberi penerangan yang lebih terperinci tentang produk hasil VSS (Virtual SoftNet Solutions Sdn. Bhd.). Mana-mana isi yang sesuai dari blog samada dari artikel yang ditulis oleh penulis atau komen-komen dari para pengunjung, akan dimuatkan ke laman utama VSS.

Memperkenalkan produk SoftNet Cheque Writer Pro. Produk ini adalah keluaran terbaru dari VSS. Produk ini dibangunkan oleh saya sediri sebagai CEO VSS. Pada mulanya kawan saya syamsul dengan company lamanya Anjung Visi Solution Sdn. Bhd. mempunyai produk Visi ChequeWriter. Produk tersebut telah berada di pasaran di sekitar lembah kelang sejak beberapa tahun. Difahamkan lebih dari 400 unit telah dapat dijual dengan harga 500 ringgit lebih. Setelah boleh dikatakan kesemua produk anjung visi sekarang dipasarkan oleh VSS, saya melihat potensi yang lebih luas untuk produk tersebut. Malangnya produk tersebut
dibangunkan di atas 'platform' dot net dgn menggunakan Visual Basic, maka saya tidak dapat
menguasai 'source codes' produk visi chequewriter sepenuhnya. Oleh itu kerja-kerja 'upgrade' terbantut agak lama.

Apabila tugasan saya untuk projek 'Auto Billing System' untuk dua IPP di Malaysia sudah siap,
barulah saya ada masa untuk membangunan SoftNet Cheque Writer dari 'scratch'. Sebelum ini saya pernah membangunkan sistem yg sama kepada sebuah stokis MLM di teluk intan. Modul cheque writer adalah sebahagian dari sistem stokis yang saya bangunkan. Stokis tersebut perlukan sistem cheque yang boleh mencetak cheque yang banyak sekali gus.

Apabila saya membangunkan perisian ini, saya mahukan sistem ini dilihat dari perspektif pengarah syarikat yang mana beliau dapat tahu kedudukan kewangan syarikat dengan amat mudah sekali. Melalui pengalaman saya sendiri yang selalu mengeluarkan cheque samada untuk pembekal, petty cash, dan untuk tujuan lain, kadang-kala saya sendiri terpaksa mengangak
berapa banyak tunai yang berbaki di bank A, B atau C. Buku cek mana perlu digunakan untuk cek yang seterusnya. Berapa 'Post Dated' cek yang telah dikeluarkan. Disebabkan pengiraan
terpaksa dilakukan secara manual, kadang-kala cek dikeluarkan adalah cek tendang. Sudah banyak kali juga cek yang saya keluarkan mengalami situasi tersebut. Bukan kerana tidak cukup tunai di bank, tetapi disebabkan kecelaruan menguruskan buku cek yang mana di VSS sendiri kita mempunyai 6 akaun lebih di bank yang berlainan.

Alhamdullillah, sejak menggunakan sistem pengurusan cek yang dibangunkan sendiri, pengurusan aliran cek di VSS sudah teratur dan mudah. Akaun staf yang mendrafkan cek, beliau yang akan mencetaknya, manakala saya dan 'partner' saya tak perlukan 'printed voucher' lagi bila menanda-tangani cek-cek kerana semua maklumat sudah tersedia 'online'.

Setakat ini dahulu untuk permulaan, untuk siri yang berikutnya saya akan menerangkan lebih lanjut lagi mengenai cara penggunaan sistem tersebut.